Zhafri Yahya ganti Darren Lok selepas disahkan positif Covid-19

0
16
Zhafri Yahya

CYBERJAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil Zhafri Yahya pemain Kuala Lumpur City FC menjelang aksi persahabatan antarabangsa di Singapura pada minggu hadapan.

Jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, panggilan pemain Kuala Lumpur City FC itu adalah bagi menggantikan Darren Lok dari PJ City FC yang terpaksa digugurkan selepas positif Covid-19.

“Darren hadir melapor diri semalam, tetapi didapati positif selepas ujian RTK yang dibuat ketika pemain melapor diri dan disahkan sekali lagi menerusi ujian PCR yang keputusannya diperoleh, pagi ini.

“Walaupun Darren berposisi penyerang, Zhafri disenaraikan untuk membolehkan panel jurulatih meninjau kemampuannya menyusun gerak dari penjuru bahagian tengah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pihak pengurusan pasukan kebangsaan turut mendoakan kesihatan Darren supaya segera sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here