
BIRMINGHAM – Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya menundukkan pemain pilihan kedua dari Jepun, Kento Momota untuk melangkah ke pentas separuh akhir Seluruh England.
Zii Jia yang juga pemain ketujuh dunia mengambil masa 64 minit untuk menewaskan Momota dengan tiga set 21-7, 13-21 dan 21-11.
Pada set pertama, Zii Jia dengan mudah memenangi set berkenaan selepas Momota seperti hilang arah dan ketinggalan jauh sebelum tewas.
Bagaimanapun di set kedua, Momota kembali bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Di set ketiga, kedua-dua pemain saling kejar mengejar sebelum Zii Jia terus berjaya menjarakkan mata selepas bertukar gelanggang.
Momota yang kembali hilang arah seperti di set pertama terpaksa akur dengan kehebatan Zii Jia.