Zul Ariffin padam video panas bersama Siti Hariesa

0
1111
Tangkap layar video babak drama Perempuan Itu yang dimuat naik Zul Ariffin di Instagramnya.

CYBERJAYA – Selepas menerima kecaman teruk dari nitizen, pelakon popular, Zul Ariffin memadamkan babak video seks yang dilakonkan bersama pelakon, Siti Hariesa di Instagramnya.

Aksi ranjang daripada drama Perempuan Itu arahan Erma Fatima itu dikongsikan Zul Ariffin pada malam Jumaat lalu mencetuskan kemarahan orang ramai.

Babak ‘panas’ tersebut juga menerima teguran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menyifatkan drama tersebut melampaui batas dan tidak sensitif kepada kehadiran Ramadan tidak lama lagi.

Bagaimanapun tindakan pelakon berusia 35 tahun itu memadam video berkenaan masih mengundang kecaman apabila ‘menggantikan’ video berkenaan dengan satu video yang dilihat seperti sinis dan berkait.

Di dalam video berkenaan, pelakon kelahiran Taiping, Perak itu bangun dan menepuk tangan ketika berada di tempat duduk pawagam itu disertakan dengan kapsyen “Back To Work (Kembali Bekerja”.

Seperti hantaran video yang telah dipadamkan, video tersebut juga menerima kecaman daripada warga maya yang menganggap Zul Ariffin seolah-olah mempertahankan tindakannya tanpa minta maaf.

Aksi menepuk tangan juga seolah-olah dia mengakhiri ‘show’ yang telah dimuatnaik tanpa penyesalan.

Video panas tersebut memaparkan beberapa babak ghairah termasuk melakukan hubungan seks bersama Siti Hariesa.

Drama itu dijangka menemui penonton menjelang Ramadan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here