2 juta kenderaan dijangka masuki Kelantan sempena Aidilfitri

0
15
GAMBAR HIASAN

PASIR PUTEH – Polis Kelantan menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan sempena sambutan Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jangkaan itu dibuat berikutan kesesakan yang berlaku di negeri itu ketika permulaan Ramadan lepas.

Katanya, bagi memastikan keadaan lalu lintas lancar pada Aidilfitri nanti, pihaknya akan menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi strategik di seluruh negeri.

“Baru-baru ini semasa awal Ramadan mereka pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga sebelum pulang semula ke tempat kerja.

“Kita jangka perantau akan pulang semula sebelum ketibaan Syawal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, hari ini.

Pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Endianshah Endal menyerahkan surat serah tugas kepada Ketua Polis Daerah yang baharu, Supt. Zaizul Rizal Zakaria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here