3,500 paket bubur lambuk Masjid Kampung Baru licin tak sampai sejam

0
31
Orang ramai beratur untuk mendapatkan bubur lambuk di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru

KUALA LUMPUR – Seawal jam 5 petang orang ramai sudah berbaris di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini untuk mengambil bubur lambuk yang menjadi tarikan utama setiap kali bulan Ramadan tiba.

Menurut Bendahari Masjid Hairmanshah Idris Shaaari, 43, pemberian bubur lambuk pada tahun ini sedikit berbeza dari tahun sebelumnya dengan peningkatan jumlah sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti memasak bubur lambuk.

“Tahun ini kami menggunakan 15 buah periuk untuk memasak bubur lambuk dan anggaran 3,500 paket bubur lambuk akan diedarkan setiap hari.

“Setakat hari ini bubur lambuk yang diedarkan pasti akan habis sebelum jam enam petang yang mana sambutan orang ramai sangat menggalakan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, bagi mengelakan kesesakan lalu lintas orang ramai juga boleh menggunakan khidmat pandu lalu untuk mengambil bubur lambuk tanpa turun daripada kenderaan mereka.

Di samping itu, orang ramai juga boleh mengambil sehingga dua paket bubur lambuk yang disediakan di hadapan masjid berkenaan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Pada tahun 2020 Masjid Jamek Kampung Baru terpaksa membatalkan program edaran bubur lambuk yang menjadi acara tahunan masjid itu berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika itu.

Bagaimanapun, tahun lalu Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran pengurusan masjid memasak dan mengagihkan semula bubur lambuk kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here