6 PATI lari dari depot tahanan maut dirempuh kenderaan

0
160
Sebahagian PATI yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau Bandar Baharu.

BANDAR BAHARU – Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS, di sini awal pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, difahamkan, semua mangsa terbabit adalah PATI yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau Bandar Baharu.

Nahas dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 pagi tadi ketika hampir 700 PATI yang terdiri daripada warga Bangladesh, etnik Rogingya dan Indonesia keluar beramai-ramai dari depot berkenaan.

Dua daripada mangsa yang maut itu terdiri daripada kanak-kanak manakala selebihnya dewasa.

Terdahulu tular beberapa video menunjukkan sekumpulan warga asing melarikan diri dari depoh tahanan.

Kesemua PATI itu melarikan diri dalam keadaan gelap dan tanpa tujuan dengan ada antaranya menghala ke lebuh raya tanpa menyedari kenderaan yang bergerak laju.

Setakat ini, difahamkan separuh daripada PATI sudah berjaya ditahan dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan di lokasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here