7 sikap hamba yang dikasihi Allah

0
6

MEMAHAMI dan menginspirasikan maksud Ar-Rahman yang merupakan salah satu nama utama bagi Allah mampu menjadikan seseorang Muslim berkeperibadian lebih baik.

Dalam mendalami pengertian sifat Allah sebagai Ar-Rahman, Ustaz Abdul Mukmin Ilias berkongsikan 9 ciri yang perlu diterapkan oleh setiap hamba-Nya dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata demikian pada Kuliah Duha di Malakat Mall, Cyberjaya, pagi tadi.

Katanya, di dalam Al-Quran, Allah SWT melalui firmannya di dalam Surah Al-Furqan di antara ayat 63 hingga 77 ada menyatakan ciri-ciri terpuji yang boleh ditafsirkan sebagai pengasih, budiman atau ibadurrahman.

Abdul Mukmin Ilias
  1. Orang yang berjalan bertebaran di muka bumi ini dengan rendah hati, tenang dan bersopan santun.

Ustaz Abdul Mukmin berkata; Allah meletakkan kedudukan yang tinggi kepada umatnya yang sentiasa merendah diri di depan Allah dan juga umat manusia. Sebaliknya, sifat itu bertentangan dengan sikap takabbur atau suka membangga diri yang amat dibenci Allah seperti Firaun.

“Nabi Muhammad SAW pula digambarkan oleh isteri baginda sebagai berakhlak dengan Al-Quran.

  1. Orang yang mengucapkan salam ( kata-kata yang baik dan selamat) walaupun dalam perdebatan dengan orang yang jahil.

Tidak kira sama ada berdepan dengan individu yang baik atau sebaliknya, hamba Allah yang pengasih tidak sesekali akan berperlakuan buruk, walaupun ketika dihina.

3.Orang yang menghabiskan waktu malam untuk sujud dan berdiri kepada Allah.
Hamba-hamba yang sentiasa tekun dalam mengerjakan ibadat kepada Allah akan dibebaskan daripada sikap sombong dalam diri mereka.

  1. Orang yang selalu berdoa kepada Allah.
    Golongan yang sentiasa berharap dan menyedari kebergantungan diri kepada Allah dan bukannya kepada makhluk yang lain.
  2. Orang yang apabila membelanjakan hartanya tidak boros dan tidak kedekut tetapi bersederhana.
  3. Orang yang tidak menyekutukan tuhan selain dari Allah.
    Allah juga memberi peringatan kepada manusia supaya tidak melakukan pembunuhan kecuali dengan kebenaran seperti qisas dan tidak melakukan zina.
    Bagi yang terlanjur melakukannya, Allah menyediakan jalan kembali dengan mengadakan taubat dan kembali beriman.
  4. Orang yang tidak memberi kesaksian palsu apabila bertemu dengan orang yang melakukan perbuatan tidak berfaedah.
  5. Orang yang apabila ia dingatkan dengan ayat-ayat Al-Quran tidak seolah-olah dia pekak dan buta.
  6. Orang yang selalu mendoakan untuk diri, keluarga dan keturunan dan umat Islam.
    Petikan doa ini dari ayat 74 Surah al-Furqan:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here