89,976 tiket KTMB masih tersedia

0
18

KUALA LUMPUR – Masih terdapat sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, baki tiket itu melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS), ETS tambahan (KL Sentral-Padang Besar), KTM Intercity melibatkan Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Timuran, serta Ekspres Khas Keluarga Malaysia pada 23 April hingga 8 Mei ini.

Beliau bagaimanapun berkata, tren khas Ekspres Keluarga Malaysia dari KL Sentral ke Tumpat, Kelantan telah habis dijual termasuk 180 tempat duduk tambahan.

“Bagi laluan Tumpat-KL Sentral pada 7 Mei 2022, hanya tinggal 246 tempat duduk Superior,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan pek hari raya kepada penumpang KTMB di Stesen KL Sentral, hari ini.

Kata Wee lagi, jumlah keseluruhan tiket yang ditawarkan ialah 244,502 dan setakat ini, sebanyak 154,526 telah dijual.

“Ada baki 89,976 tiket dengan keseluruhan peratus yang terjual ialah 63 peratus (bagi semua perkhidmatan KTMB di atas),” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here