Aliff Syukri beri keterangan di SKMM

0
32

CYBERJAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini bagi membantu siasatan berhubung isu video raya yang beliau hasilkan.

Aliff yang tiba pada kira-kira pukul 10 pagi diiringi oleh dua lagi pembantunya, sempat menegur kumpulan wartawan yang berkumpul di luar bangunan berkenaan, namun tidak memberikan sebarang komen.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya telah memanggil individu yang mempunyai kaitan dengan sebuah video muzik raya yang dikatakan mempromosikan budaya LGBT baginmemberi keterangan.

Kata Annuar, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here