Allahyarham Ali Hamsa selamat dikebumikan

0
30
Anak lelaki Allahyarham Ali Hamsa melakukan pengebumian ayahanda mereka di Tanah Perkuburan Islam Precint 20, Putrajaya petang ini.

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 di sini, pukul 2.40 petang ini.

Majlis pengebumian KSN ke-13 itu dihadiri isteri, ahli keluarga, kakitangan kerajaan dan kenalan Allahyarham.

Bacaan talkin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin), Ustaz Nor Azamir Alias.

Turut hadir bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

Terdahulu, ribuan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ali Hamsa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Precint 3, pagi ini.

Jenazah yang tiba di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni pada pukul 11 pagi ini kemudian disolatkan oleh ratusan jemaah di Dewan Utama masjid.

Antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Ali Hamsa, 66, meninggal dunia di Dublin, Ireland pada 21 April lalu. Jenazah tiba di kediamannya pagi ini.

Anak kelahiran Kluang, Johor itu dilantik sebagai KSN pada zaman Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad.

Allahyarham meninggalkan balu, Puan Seri Rohani Abdullah, dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

Sementara itu, anak lelakinya, Dr Azman menjemput orang ramai menghadiri majlis tahlil yang akan diadakan bermula malam ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here