Anggota polis terima rasuah dalam video TikTok akan disiasat

0
70
Tangkap layar video TikTok yang mendakwa anggota polis menerima rasuah yang tular sejak semalam.

KEPALA BATAS – Polis akan menjalankan siasatan berhubung kes anggotanya yang menerima rasuah daripada orang awam seperti yang tular dalam video di TikTok, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pihaknya telah mengambil maklum mengenai satu klip video yang memaparkan anggota polis menerima rasuah daripada seorang lelaki.

Katanya, video yang dipercayai dirakam di Bagan Ajam, Butterworth di sini itu telah
dimuatnaik oleh pemilik akaun, Iqalice1.

Bagaimanapun, video berkenaan tidak menunjukkan dengan jelas berlaku penerimaan wang oleh anggota berkenaan.

“Susulan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, (daerah) Seberang Perai Selatan pada pukul 11.30 pagi.

“Kita tidak akan berkompromi sekiranya berlaku salah laku membabitkan mana-mana pegawai polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki memegang beberapa keping wang kertas RM50 dan RM100 di dalam kereta sebelum turun menyerahkannya kepada anggota polis yang sedang menunggu dalam sebuah kereta peronda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here