Anwar menang tanpa bertanding kerusi Presiden PKR

0
20
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal mempertahankan kerusi Presiden PKR bagi tempoh 2022-2025 apabila menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan PKR 2022.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu ciapan dalam akaun Twitternya hari ini.

Katanya, ini merupakan satu penghormatan terbesar daripada akar umbi parti.

“Mengulangi sejarah Pemilihan Keadilan 2018, saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara @anwaribrahim,” katanya.

Sehingga pukul 11.59 malam tadi, apabila proses pencalonan ditutup, Anwar merupakan satu-satunya calon yang menamakan diri bagi jawatan berkenaan.

Proses pencalonan pemilihan PKR 2022 bermula Jumaat lepas sehingga Ahad bagi peringkat cabang manakala bagi jawatan tertinggi, proses pencalonan dilaksanakan semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here