Arab Saudi tetapkan 1 juta jemaah berusia bawah 65 tahun dibenarkan tunai ibadah haji tahun ini

0
22
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Ibadah haji pada tahun ini dihadkan kepada sebanyak satu juta jemaah berumur di bawah 65 tahun.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, hari ini.

“Bagi jemaah antarabangsa, hanya kuota yang telah diluluskan bagi setiap negara sahaja dibenarkan masuk, bergantung kepada pematuhan kriteria kesihatan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan, individu berusia bawah 65 tahun dan telah menerima vaksin yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi dibenarkan menunaikan haji.

“Jemaah luar negara turut perlu mengemukakan keputusan ujian PCR negatif yang dilaksanakan dalam masa 72 jam sebelum berlepas,” kata kenyataan itu lagi.

Pihak kementerian turut mengingatkan semua jemaah supaya mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here