Badan berbirat dirotan 5 kali kerana minta rakan tanggalkan songkok

0
44
Polis

KUALA LUMPUR – Hanya kerana meminta rakan sekelas menanggalkan songkok seketika, seorang murid Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Cheras di sini dirotan sebanyak lima kali oleh guru kelasnya.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa pada pukul 9.05 malam, Selasa lalu.

Menurut Muhammad Idzam, guru terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan murid berusia 11 tahun itu yang meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas menanggalkan songkok kerana dia sukar melihat tulisan di papan putih.

“Siasatan awal mendapati, guru terbabit merotan murid terbabit lima kali hingga mengakibatkan kesan calar pada badannya. Murid terbabit kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Pegawai penyiasat kes hadir ke sekolah berkenaan untuk melengkapkan siasatan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here