Bekas KSN, Ali Hamsa meninggal dunia di Dublin, Ireland

0
146
Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa

CYBERJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland.

Berita sedih itu disampaikan oleh penceramah bebas, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menerusi satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

“Salam takziah diucapkan seluruh keluarga Tan Sri Dr Ali Hamsa yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

“Semoga Allah SWT merahmati almarhum atas segala jasa yang dicurahkan dan ditempatkan bersama para syuhada, muttaqin dan orang-orang soleh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

“Mewakili seluruh warga Perkhidmatan Awam Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 21 April 2022 bersamaan 19 Ramadan 1443 hijrah di Hospital Dublin, Ireland.

“Allahyarham merupakan tokoh besar dalam Perkhidmatan Awam Negara. Beliau merupakan anak jati Johor serta dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13, menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1981.

“Menelusuri sejarah gemilang perkhidmatannya, beliau telah menabur bakti di pelbagai kementerian dan habatan antaranya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Pengangkutan; Unit Perancang Ekonomi, INTAN, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

“Sesungguhnya, pemergian beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini merupakan satu kehilangan besar kepada Negara dan Perkhidmatan Awam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here