Belanja di Malakat Mall dan berpeluang menang percutian ke Istanbul

0
22

Pelanggan beratur menunggu barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall.

CYBERJAYA – Pelanggan bertuah yang berbelanja di Malakat Mall berpeluang untuk memenangi hadiah berupa percutian lima hari empat malam di Istanbul, Turkey sempena program Belanja dan Menang sempena bulan Ramadan tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail pelanggan hanya perlu berbelanja minimum sebanyak RM1,000 sepanjang bulan Ramadan di Malakat Mall untuk menyertai cabutan bertuah itu.

“Pelanggan yang sudah berbelanja di Malakat Mall hendaklah mengumpul resit pembelian sebagai bukti dan sekiranya pembelian mencecah RM1,000 maka pelanggan boleh menghantar resit ke kaunter di hadapan pintu masuk Malakat Mall untuk menyertai cabutan bertuah.

“Tarikh tutup penyertaan sehingga 28 April ini dan mereka yang masih belum berbelanja di Malakat Malll masih ada masa dalam dua minggu sebelum tarikh tutup penyertaan, jadi boleh hadir dan membeli apa-apa jenis barangan di sini dalam tempoh dua minggu dari hari ini sebelum tarikh tutup penyertaan.

“Bagi pembelian barang pula, tidak terhad di Malakat Grocer sahaja malah pelanggan boleh menggunakan resit pembelian untuk mana mana kedai di Malakat Mall contohnya kedai baju, kasut dan lain-lain kedai,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengajak orang ramai untuk tidak melepaskan peluang itu kerana program tersebut hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.

Selain daripada pakej percutian ke Istanbul pelanggan bertuah juga berpeluang memenagi hadiah seperti Iphone 13 Pro Max, TV LED dan bermacam-macam lagi hadiah lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here