Belanja produk Muslim di Malakat Mall untuk bantu anak yatim 

0
15
Pelanggan berbelanja barangan di Malakat Mall untuk disedekahkan kepada anak yatim.

CYBERJAYA – Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi orang ramai dilihat semakin sibuk untuk melakukan persiapan raya namun ada yang sibuk melakukan amal jariah di bulan mulia ini dengan berbelanja di Malakat Mall.

Menurut Hasni Liana, 40, salah seorang pelanggan yang berbelanja di sini, dia berbelanja di pusat beli belah itu dengan tujuan untuk bersedekah kepada anak yatim pada masa yang sama mahu menyokong produk orang Islam.

Hasni Liana yang hadir ke Malakat Mall sebagai tanda sokongannya membeli produk Muslim

“Saya hadir hari ini dengan niat untuk membantu anak yatim dengan bersedekah makanan dan seperti yang awak lihat saya banyak ambil produk Muslim kerana di sini banyak pilihan produk Muslim dijual.

“Saya juga sudah berniat untuk support Malakat Mall punya produk sebab di sini banyak produk yang berkualiti dan pilihan juga banyak,” katanya kepada Malakat Tribune di sini hari ini.

Ditanya megenai persiapan raya, dia berkata persiapan raya tahun ini hanya sederhana namun sedikit berbeza kerana orang ramai sudah dibenarkan untuk pulang ke kampung dan berjumpa sanak saudara

Dalam pada itu, tinjauan Malakat Tribune hari ini mendapati ramai pengunjung dan pelanggan tidak melepaskan peluang membeli-belah di saat-saat akhir sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.

Lebih menarik apabila pusat beli belah itu menawarkan diskaun sehingga 70 peratus terhadap produk terpilih kepada semua pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here