Bella kini sihat, pulih seperti sedia kala – PM

0
32
Bella yang kini di tempatkan di sebuah rumah penjagaan di Seremban, Negeri Sembilan semakin sihat dan pulih seperti sedia kala

SEREMBAN – Remaja sindrom down yang menjadi mangsa penderaan sehingga menggemparkan seluruh negara, Bella kini berada dalam keadaan sihat dan pulih seperti sedia kala selepas di tempatkan di sebuah rumah jagaan baharu di sini.

Perkara itu dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat remaja itu di pusat jagaan itu hari ini.

“Hari ini saya bertemu Bella, Bella sudah pulih seperti sediakala… berkeyakinan tinggi untuk bergaul dengan rakan-rakan.

“Terima kasih kepada kakitangan pusat jagaan di Seremban ini,” katanya hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata,
kes seperti Bella merupakan antara banyak kes yang mungkin berlaku tetapi tidak dilaporkan.

Beliau berkata, selain kes penderaan terdapat juga kes lain antaranya isu anak yatim yang dihantar ke rumah anak yatim tidak mempunyai dokumen seperti sijil kelahiran dan lain-lain.

Malah, katanya, banyak pusat-pusat jagaan yang tidak didaftarkan dan menyukarkan pemantauan.

“Bagi penyelesaian tuntas, Kabinet telah memutuskan membentuk Jawatankuasa Kabinet Melindungi Kumpulan Rentan seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta wanita. Saya sendiri akan mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet ini.

“Kerajaan akan melihat secara menyeluruh seperti pendaftaran pusat jagaan, mempermudahkan pendaftaran dan pindaan akta lapuk mengeluarkan sijil kelahiran malah termasuk penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here