Bergaya sopan di Aidilfitri dengan abaya

0
42
Pemilik Abaya Arab Putrajaya, Azila Jalal

PEMAKAIAN jubah atau abaya sememangnya sudah tidak asing bagi kaum wanita di negara ini khususnya bagi yang mementingkan penampilan bergaya sopan dan sederhana.

Sempena sambutan Aidilfitri tiba tidak lama lagi, butik Abaya Arab Putrajaya yang beroperasi di Malakat Mall, Cyberjaya menawarkan pelbagai pilihan abaya kepada kaum hawa.

Pemiliknya, Azila Jalal berkata, pemilihan abaya sebagai busana labuh dan menutup aurat menjadi antara pakaian santai yang wajib dimiliki pada musim perayaan.

“Fesyen-fesyen kebaya ketat atau kurung moden boleh dikatakan agak keterlaluan untuk dikenakan pada Syawal.

“Manakala pemakaian abaya dapat menimbulkan ciri-ciri sopan si pemakai dan tampak lebih santai malah cukup senang digayakan,” katanya.

Selain itu katanya, abaya juga memberikan lebih keselesaan dan kebebasan fesyen kepada kaum wanita untuk meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarga dan saudara.

Bagaimanapun Azila berkata, trend rekaan abaya juga tidak mengabaikan cita rasa pemakai dengan kepelbagaian reka bentuk, potongan, warna dan hiasan.

“Kesemua abaya yang ada di sini adalah rekaan terkini yang dibawa masuk dari Dubai dan Arab Saudi.

“Kalau dahulu kita biasa dengan abaya hitam tapi sekarang pelanggan boleh memilih pelbagai jenis potongan dan warna.

“Menariknya setiap satu didatangkan bersama dengan shawl yang sedondong,” katanya.

Pelbagai pilihan abaya yang dibawa masuk dari Dubai dan Arab Saudi di butik Abaya Arab Putrajaya di Malakat Mall, Cyberjaya.
Tawaran sehingga 20 peratus sempena Aidilfitri.

Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini katanya, Abaya Arab Putrajaya yang beroperasi di lantai G Malakat Mall menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus.

Tambah beliau, harga bagi sehelai abaya bersama shawl bermula pada harga RM165 sehingga RM320 bergantung kepada jenis fabrik, rekaan, lace dan hiasan batu.

“Harga yang kami tawarkan tidak terlalu mahal bahkan lebih murah berbanding harga-harga yang ditawarkan di media sosial.

“Dari segi kualiti, abaya kami menggunakan material yang selesa, mudah digosok dan ada juga rekaan yang mesra wuduk dan untuk wanita menyusu,” katanya.

Selain abaya, pelanggan yang berkunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan telekung berkualiti tinggi.

Butik ini beroperasi setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini bermula dari pukul 12 tengahari sehingga 12 malam.

Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapatkan produk dari butik ini boleh melayari laman Facebook dan Instagram dengan nama Abaya Arab Putrajaya atau menghubungi talian : 011-1629 9232

Telekung travel yang disertakan dengan beg.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here