Gigih kira pendapatan Cef Amar, lelaki ini terkejut tengok pendapatan sebulan

0
162
Pemilik akaun TikTok bernama Arif Aiman (kiri) yang memuat naik video mengenai anggaran pendapatan cef Ammar.

CYBERJAYA – Orang Malaysia sememangnya terkenal dengan semangat ingin tahu yang tinggi. Apatah lagi bila membabitkan nasib, gaji atau harta benda milik orang lain.

Atas semangat ingin tahu, seorang pengguna TikTok bernama Arif Aiman baru-baru ini telah berkongsi kiraan keuntungan cef popular dari Palestin, Cef Ammar melalui jualan nasi Arab dan Beriyaninya.

Dalam pengiraannya, Arif mendakwa telah mendapat maklumat mengenai jumlah pelanggan setiap hari dan harga bagi setiap menu ditawarkan.

Katanya, bagi hidangan berlauk ayam yang dijual pada harga RM25 sebekas, Cef Ammar dikatakan menjual kira-kira 1,200 bekas setiap hari.

Manakala bagi hidangan berlauk kambing yang berharga RM50 sebekas pula, jumlah jualan adalah sekitar 1,500 pek setiap hari.

Jadi, anggaran kasar pendapatan daripada hasil jualan setiap hari yang diperolehi Cef Ammar adalah sekitar RM90,000 iaitu RM60,000 bagi set kambing dan RM30,000 bagi set ayam.

“Jumlah ini sekiranya dikalikan dengan 30 hari sepanjang sebulan Ramadan adalah RM2.7 juta,” katanya.

Cef Ammar baru-baru ini menjadi tular selepas hidangan nasi Arab yang dijualnya dikatakan berharga ‘Tel Aviv’.

Cef Ammar kemudian membalas tuduhan itu melalui rakaman video yang menjelaskan mengapa beliau mengenakan harga yang lebih mahal berbanding kebanyakan peniaga.

Insiden yang tular itu secara tidak langsung memberikan populariti kepada beliau sehingga gerai miliknya yang beroperasi di Shah Alam sesak kerana mula dikunjungi pelanggan seawal 2.30 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here