Bilal sebuah surau di Guchil tak sengaja laung azan awal empat minit

0
38
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Selepas di Tawau, Sabah, insiden laungan azan maghrib terawal berlaku sekali lagi.

Terbaharu insiden itu dilaporkan berlaku di Guchil 7, Kuala Krai di sini semalam selepas bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai telah melaungkan azan maghrib awal empat minit daripada waktunya, sehingga kejadian itu tular dalam media sosial.

Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata ketika kejadian, bilal itu tidak menyedari bahawa beliau telah melaungkan azan maghrib pada pukul 7.17 malam, menyebabkan ada segelintir penduduk yang percaya telah masuk waktu berbuka puasa.

“Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf atas kecuaian yang dilakukannya tanpa disengajakan,” katanya memetik laporan Bernama.

Justeru, beliau berkata mengikut hukum syarak, penduduk di sekitar kawasan itu yang telah berbuka puasa mengikut laungan azan tersebut, puasanya dikira terbatal dan wajib digantikan selepas berakhirnya Ramadan nanti.

Semalam, tular di media sosial yang mengatakan penduduk di sekitar Guchil 5, 6 dan 7 di Kuala Krai perlu menggantikan puasa selepas dipercayai azan maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa telah berkumandang lebih awal daripada waktu sebenarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here