Coach Fadzil akan kongsi teknik belanja wang KWSP tanpa habiskannya esok 

0
54
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA – Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim akan berkongsi teknik berbelanja tanpa menghabiskan wang dengan menggunakan emas kepada orang ramai secara percuma esok.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco itu, beliau akan mengajar cara-cara untuk membeli emas secara dalam talian dan cara menjual emas dengan kaedah yang betul.

Beliau berkata, teknik itu sangat istimewa kerana orang ramai tidak perlu besusah payah untuk memikirkan mengenai modal, pemasaran dan kemahiran dalam menggunakan sosial media.

“Esok saya akan buat live mengenai bagaimana untuk pastikan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan untuk dibelanja tidak akan habis. Esok kita akan tunjuk.

“Ini merupakan peluang buat bisnes paling power dengan menggunakan modal yang kecil melalui perniagaan jual emas kerana emas yang digunakan bukan emas biasa tetapi Quantum Metal.

“Sasaran saya adalah saya ingin melatih 1,000 klien dengan jualan sebanyak satu juta emas sebulan dengan pendapatan RM15,000 sebulan bagi seorang.

“Pihak Malakat Mall sudah menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) bersama pihak Quantum Metal untuk Malakat Mall dan seluruh rangkaian Malakat Mall menjadi rakan kongsi kepada syarikat ini,” katanya dalam siaran langsung menerusi Facebook Live hari ini.

Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, antara kelebihan mendaftar di bawah syarikat itu adalah pihak Quantum Metal telah menyediakan satu ekosistem yang mana boleh membantu pelanggan untuk mendapatkan pendapatan secara pasif dengan hanya mengikut tunjuk ajar diberikan.

“Sebelum ini kami cuba buat secara fizikal tetapi leceh sebab banyak proses tetapi dengan adanya Quantum Metal maka semua perkara itu jadi mudah kerana mereka telah menyediakan satu ekosistem yang telah meringkaskan proses itu,” katanya.

Dalam pada itu, Coach Fadzil berkata, caj yang dikenakan oleh Quantum Metal juga sangat rendah berbanding syarikat lain.

Beliau berkata, syarikat emas itu hanya mengenakan caj sebanyak tiga peratus daripada harga emas semasa dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here