Covid-19: 5,899 kes baharu, Putrajaya catat purata kes kematian tertinggi

0
17
Petugas Kesihatan dan petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan sanitasi selepas selesai menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 5,899 kes baharu Covid-19 di seluruh negara dengan lima kematian setakat semalam.

Empat daripada jumlah itu pula dilaporkan sebagai kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan virus berkenaan kini sebanyak 35,470 manakala BID pula sebanyak 7,509 kes.

Menurut maklumat laman COVIDNOW pula, Putrajaya menjadi negeri tertinggi kematian dengan purata 17 kematian, diikuti Perak dengan 11 dan Kedah (10).

merekodkan sebanyak 8,434 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,291,447 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan 5,883 kes tempatan dan 16 kes import itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah sebanyak 4,415,101.

“Bagi kategori tiga, terdapat lapan kes (0.14 peratus), kategori empat dengan 10 kes (0.17 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak lima kes (0.08 peratus),” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 23 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, tujuh kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“13 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak tiga kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 13 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 13 kes lagi mempunyai komorbid dan satu melibatkan kes ibu mengandung,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here