Covid-19: Kes harian terus menurun dengan 6,623 kes

0
4
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 6,623 kes direkodkan semalam berbanding 9,705 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes yang dilaporkan itu, sebanyak 6,610 adalah kes tempatan dengan 13 kes import.

Berdasarkan maklumat daripada portal CovidNow, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 12 kes kematian baharu akibat Covid-19, termasuk 8 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,421 orang daripada lebih empat juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Perlis antara negeri tertinggi yang mencatatkan purata kematian setakat ini iaitu 16 kematian, diikuti Perak (13) dan Melaka (11).

Selain itu, sejumlah 103,900 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 101,294 atau 97.5 peratus individu kuarantin di rumah, manakala 356 atau 0.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 2,124 dimasukkan ke hospital.

Data juga menunjukkan sejumlah 126 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 76 memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 50 kes lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here