Covid-19: Negara terima penghantaran pertama ubat antiviral Paxlovid

0
20

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa negara telah menerima penghantaran pertama ubat antiviral bagi merawat Covid-19, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 48,000 kotak ubatan Paxlovid itu telahpun dihantar kepada Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd.

“Paxlovid merupakan salah satu senjata kita melawan jangkitan Covid-19,” kata Dr. Noor Hisham

Penggunaan Paxlovid adalah satu lagi senjata melawan Covid-19, iaitu ia ubat antiviral untuk aspek rawatan COVID-19.

“Ia diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 dan dalam tempoh masa lima hari gejala bermula, untuk keberkesanan optimum,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menekankan, ubat antiviral berkenaan tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi Covid-19, atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam bagi mengelakkan jangkitan.

Paxlovid dikeluarkan oleh firma Pfizer merupakan gabungan dua jenis ubatan – nirmatrelvir dan ritonavir, dan perlu diambil serentak sebanyak dua kali sehari, selama lima hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here