Diberhentikan kerja pada 2014, 709 bekas pekerja Perwaja akhirnya terima pampasan

0
51

CYBERJAYA – Nasib bekas pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. yang diberhentikan kerja tanpa sukarela pada November 2014 akhirnya terbela apabila mahkamah memutuskan bayaran pampasan sebanyak RM8.645 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 709 pekerja itu bakal menerima pampasan di antara RM3,000 hingga RM21,000.

“Setelah lebih 7 tahun kes mereka dibicarakan di mahkamah, akhirnya ia diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.

“Penerima pampasan akan menerima cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000,” kata Perdana Menteri dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here