Elak perpecahan umat Islam, Pembela disaran menjadi ejen penyatuan umah

0
71
Penceramah bebas, Ahmad Fadzil Engku Ali menyampaikan ucapannya sempena Konvokasyen Ulama dan Da’i Pembela Islam di Cyberjaya

CYBERJAYA –  Penceramah bebas, Ahmad Fadzil Engku Ali menggesa umat Islam di Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi cabaran yang boleh merosakkan akidah.

Menurut beliau, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi dari sudut akidah umat Islam di Malaysia hari ini. 

“Cabaran pertama adalah golongan liberal yang memperjuangkan hak mereka yang boleh mengancam agama Islam.

“Antara perkara yang diperjuangkan oleh mereka adalah dengan mengatakan wanita dan lelaki itu sama sedangkan kita sedia maklum lelaki dan perempuan itu berbeza dari sudut biologi, emosi dan fizikal mereka.

“Golongan ini juga mempertikaikan perkara-perkara yang melibatkan hukum hakam agama Islam seperti mempertikai pembahagian faraid dalam Islam.

“Persoalannya adalah mengapakah golongan ini tidak memperjuangkan kesamarataan jantina ini dalam sukan dan  hanya tertumpu kepada agama Islam?,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Konvensyen Ulama dan Da’i Pembela Islam yang didadakan di Sekolah Islam Antarabangsa Brainy Bunch di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kemunculan golongan liberal yang mentafsirkan ajaran agama secara keras dan zahir serta beranggapan hanya tafsiran mereka sahaja yang betul juga boleh menggugat akidah umat Islam.

“Cabaran yang ketiga adalah golongan mistikal yang mana golongan ini dipengaruhi oleh ilmu syariat, hakikat, tarekat dan makrifat secara berlebih-lebihan sehingga boleh menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.

“Golongan evangikel iaitu golongan radikal yang menganggap bahawa orang Islam itu adalah musuh mereka juga boleh memberikan ancaman kepada umat Islam di negara ini.

“Kesimpulannya solusi bagi permasalahan ini adalah umat Islam wajib membentuk arus politik yang betul tanpa menjadi hamba kepada parti-parti dan Pembela misalnya boleh menjadi ejen penyatuan rentas parti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here