Elon Musk belanja RM191.44 bilion beli Twitter 

0
31
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk

NEW YORK – Saham Twitter melonjak 5.7 peratus semalam, menghampiri paras AS$51.70 susulan Elon Musk telah mencapai rundingan untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.44 bilion).

Menurut Musk, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, dia menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan berucap, mengkritik pendekatan Twitter dalam mengutamakan ciapan tertentu dan memperuntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.

“Algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai, selain menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.

“Kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah pentas digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Rumah Putih enggan mengulas lanjut berhubung isu ini namun berkata bahawa Presiden Joe Biden sudah sekian lama mengutarakan kebimbangan terhadap kuasa platfrom media sosial.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki berkata, platform media sosial itu harus lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat-maklumat yang salah.

“Kebimbangan kami bukan perkara baharu, Presiden Joe Biden sudah lama menyuarakan kebimbangannya terhadap kuasa platform media sosial, termasuk Twitter dan lain-lain alam menyebarkan maklumat yang salah,” katanya

Twitter yang dilihat berdepan tekanan mula mengadakan rundingan dengan Musk susulan tawarannya yang berjaya memikat pemegang taruh menerusi butiran kewangan yang diberikan olehnya kepada syarikat itu.

Pembelian syarikat berkenaan adalah pada kadar harga AS$54.20 (RM235.82) bagi setiap unit saham yang merangkumi 40 peratus premium harga dagangan ditutup, iaitu sehari selepas Musk mendedahkan butiran pembelian sembilan peratus pegangan Twitter.

Bagaimanapun, tawaran itu di bawah paras AS$70 (RM304.57) yang didagangkan Twitter, tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Boyar Value, Jonathan Boyar, jika syarikat itu diberikan masa mencukupi untuk berubah, kita mungkin boleh menjana pendapatan melebihi tawaran dikemukakan Musk,”

Dia yang juga mempunyai pegangan dalam Twitter berkata, transaksi berkenaan mengukuhkan lagi kepercayaan mereka bahawa sekiranya pasaran awam tidak benar-benar menghargai sesebuah syarikat, seorang pembeli akhirnya akan berbuat demikian.

Transaksi pembelian Twitter itu diluluskan pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian dalam kalangan pemegang taruh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here