Fahmi Reza kembali ‘bikin panas’

0
86

CYBERJAYA – Pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza kembali menghangatkan situasi apabila dia didakwa memuatnaik satira terbaharunya potret seekor beruk yang memakai tengkolok dan darjah kebesaran dengan memakai pakaian bangsawan berwarna kuning.

Satira yang tidak dinamakan itu dimuatnaik di akaun Twitter miliknya hari ini, dan sudah tentu mengundang kaitan dengan lukisan ‘suasana Dewan Rakyat’ yang menjadi tular, semalam.

Semalam, tular di media sosial berkenaan sebuah potret yang menggambarkan suasana di dalam Dewan Rakyat sehingga menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Karya tersebut memaparkan lukisan haiwan iaitu pelbagai jenis beruk dan katak memenuhi tempat duduk Ahli-ahli Parlimen.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Selangor Royal Office, Sultan Selangor menzahirkan rasa berkenan baginda untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di bilik kerja peribadi baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here