Farizal Marlias kini stabil

0
257
Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melawat Farizal Marlias di sebuah pusat perubatan selepas berlaku insiden pelanggaran ketika aksi Liga Super antara JDT dan TFC semalam

CYBERJAYA – Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias kini berada dalam keadaan stabil selepas berlaku perlanggaran ketika perlawanan dengan Terengganu FC (TFC) malam tadi.

Menurut satu hantaran menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, Farizal yang cedera di bahagian kepala menerima lawatan Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah pusat perubatan.

“Farizal berada dalam keadaan stabil tetapi akan kekal dalam pemerhatian dan akan menjalani beberapa ujian perubatan.

“Seluruh keluarga JDT mendoakan agar Farizal sembuh dengan segera. Semoga lekas sembuh, Farizal,” katanya.

Farizal telah dikejarkan ke hospital selepas insiden perlanggaran antara dia dan Shane Lowry pada minit ke-60 permainan.

Ketika kejadian Lowry secara tidak sengaja telah bertembung dengan Farizal ketika cuba menyelamatkan bola yang dihantar oleh pemain TFC di dalam kotak penalti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here