‘Game on’, Najib setuju debat dengan Anwar dan Rafizi

0
28
Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran debat daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ismail.

Beliau meminta pasukan Anwar dan Rafizi untuk berhubung dengan pembantunya untuk mengaturkan tarikh debat berkenaan.

“Saya minta pasukan Rafizi dan Anwar untuk aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan live,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Anwar menyahut cabaran debat yang dibuat oleh Najib selepas Ahli Parlimen Pekan itu dicabar untuk berdebat oleh Rafizi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Najib juga berkata, kesemua hujah yang dikemukakan oleh Rafizi telah dibalas olehnya dengan beberapa fakta.

Malah, Najib juga menyindir Anwar sama ada Rafizi telah menipunya apabila mendakwa beliau gagal menjawab sanggahan daripada bekas Naib Presiden PKR itu.

“Lebih 10,000 pekerja Sapura dan vendor-vendornya, 4,000 syarikat vendor Sapura yang kebanyakannya merupakan peniaga kecil atau sederhana atau 10.6 juta pendeposit ASB memandangkan PNB telah menjadi pemegang saham terbesar Sapura Energy.

“Sapura merupakan syarikat swasta dan bukan GLC sepanjang tempoh saya PM. Kerajaan tak ada kuasa atau kepentingan untuk bercampur tangan dengan gaji atau pampasan dibayar oleh sebuah syarikat swasta selagi lembaga pengarah dan pemegang saham bersetuju.Hanya selepas tahun 2019 di bawah kerajaan PH, Sapura menjadi GLC.

“Petronas dan Shell dan bukan dari syarikat perkhidmatan dan kontraktor minyak yang sedang mengalami aliran tunai yang teruk.

“Pelan rasionalisasi yang disediakan pengurusan baharu seperti didedahkan CEO Sapura pada hari Sabtu melibatkan permintaan kepada bank untuk maafkan hutang sebanyak RM7.6 bilion serta menjual aset-aset paling strategik dan berharga Sapura.

“Jika bank-bank bersetuju maka kerugian kepada sistem perbankan tempatan adalah sehingga RM7.6 bilion iaitu tiga kali ganda kerugian RM2.5 bilion dalam kes Genting HK.

“Ini bakal memberi impak kepada dividen tabung-tabung simpanan rakyat dan juga pasaran saham tempatan.

“Sebaliknya, jika bank-bank tak bersetuju maka Sapura bakal diisytihar muflis. Lebih 10,000 pekerja Sapura dan vendor-vendornya akan terkesan manakala ekosistem vendor sektor minyak dan gas tempatan akan runtuh.

“Sapura akan jual aset-aset berharga mereka terutamanya antara aset paling bernilai iaitu baki pegangan 50 peratus saham dalam Sapura OMV.

“Sapura OMV mempunyai hak-hak ke atas telaga dan kawasan minyak yang sudahpun mula berhasil sebanyak 40,000 tong sehari dan diunjur naik ke 100,000 tong pada tahun 2025, menjadikannya pengeluar minyak dan gas bebas terbesar di Asia Pasifik dan syarikat pengeluar gas ketiga besar di ASEAN selepas Petronas dan Shell.

“Selain itu, aset-aset perkhidmatan minyak dan gas Sapura adalah lebih baru dan canggih berbanding syarikat lain dan sangat diperlukan bagi pembangunan sektor minyak dan gas negara. Jualan paksaan aset-aset ini pada ketika permintaan bagi sektor minyak dan gas semakin melonjak susulan kenaikan harga minyak adalah amat sayang sekali dan tidak bijak.

“Memandangkan nilai-nilai aset ini adalah sangat tinggi serta khusus, besar kemungkinan ianya akan jatuh ke tangan pembeli-pembeli asing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here