Golongan asnaf diberi pengalaman unik beli belah di Malakat Mall

0
12
Presiden Kumpulan Malakat Eco, Coach Fadzil menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada salah seorang penerima.

CYBERJAYA – Seramai 24 golongan asnaf dari 10 buah keluarga diberi pengalaman unik membeli belah barangan persiapan raya di Malakat Mall, petang semalam.

Golongan asnaf tersebut bukan sahaja diberi peluang membeli belah, tetapi turut berpeluang berbuka uasa di restoren bertaraf eksklusif dan kemudian menghadiri majlis ilmu yang diadakan di pusat beli-belah tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Bendahari Pertubuhan Prihatin Sepang, Khairul Nizam Salleh, pihaknya amat berterima kasih kepada Malakat Mall dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Ustaz di atas kesudian mereka menjadi tuan rumah.

Setiap penerima menerima sumbangan wang perbelanjaan dan juga duit raya, dan juga sumbangan berupa barangan keperluan dapur.

“Pengalaman kali ini agak unik kerana aktiviti yang kami jalankan ini hanya kebiasaannya hanya melibatkan mereka membeli belah barang keperluan untuk hari raya.

“Tapi kali ini, mereka dapat merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di restoren yang menyajikan hidangan bertaraf eksklusif dan kemudian menambah ilmu dalam majlis pengajian. Satu kelainan untuk mereka,” kata Khairul Nizam.

Beliau menambah, golongan asnaf yang terlibat pada program kali ini merupakan anggota komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil dan Sungai Pelek.

“Mereka juga merupakan golongan yang terjejas akibat insiden banjir yang melanda kawasan itu pada bulan Disember tahun lalu, dan pemberian ini merupakan pemberian bantuan fasa kedua buat mangsa banjir tersebut,” kata Khairul Nizam lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here