Guru agama berdepan hukuman mati setelah pihak pendakwaan failkan rayuan

0
72
Herry (berbaju putih) ketika melalui proses perbicaraan di mahkamah.

JAKARTA – Seorang guru agama berdepan hukuman mati setelah pihak pendakwa memfailkan rayuan supaya hukuman yang dijatuhkan sebelum ini dibatalkan.

Laporan portal Dailymail menyebut, Herry Wirawan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari lepas setelah didapati bersalah kerana melakukan ‘sexual grooming’ dan memperkosa 13 remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun.

Herry (tengah, berbaju oren) ketika dibawa keluar dari kamar mahkamah.

Peguambela Herry, Ira Mambo berkata, pihaknya belum membuat keputusan sama ada akan memfailkan rayuan terhadap hukuman mati tersebut sambil menambah mereka perlu menunggu penghakiman penuh pihak mahkamah.

Herry, seorang guru agama di sebuah sekolah agama berasrama, didakwa melakukan kesalahan itu di antara tahun 2016 hingga 2021.

Daripada 13 mangsa yang diperkosa, mahkamah dimaklumkan bahawa sembilan daripada mereka telah hamil akibat perbuatan Herry.

Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia terdahulu mengalu-alukan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, namun anggota keluarga mangsa mengatakan ia tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

“Luka yang kami alami tidak akan sembuh sampai bila-bila. Sukar untuk menerangkan kepedihan yang kami alami.

“Jika hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahan, lebih banyak orang akan melakukannya,” kata salah seorang bapa saudara mangsa, Hidmat Dijaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here