Ibu kongsi pengalaman unik latih anak kecil mengenai penggunaan tandas

0
10
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Seorang ibu berkongsi pengalaman uniknya dari dua kacamata berbeza mengenai pengalamannya dalam mengasuh anaknya dalam menguruskan diri terutamanya bab menggunakan tandas.

Kata ibu itu, dia merupakan salah seorang tenaga pengajar di tadika tersebut, dan juga sebagai seorang ibu, jadi beliau ingin berkongsikan dengan umum mengenai pengalamannya.

Pengalaman itu dikongsikan dalam satu paparan di laman Facebook milik Brainy Bunch, hari ini.

“Sy ingin berkongsi pengalaman dari dua sudut: dari sudut seorang Ibu dan dari sudut seorang guru.

“Ramai sedia maklum yg saya bermula sbg guru tadika di BrainyBunch. Isu bdk terbuang air besar dan kecil ni perkara yg sering saya lalui. Ada yg masih ‘terbabas’ juga diperingkat lower elementary.

Pengalaman yg paling tak dpt saya lupakan adalah pada hari kami mengadakan field trip ke Kidszania. Ada seorang bdk lelaki yg enggan bersama kawan2 nya jadi dia terus dgn saya kemana2 saya pergi. Pada suatu saat, dia mengatakan dia letih dan ingin baring. Sy pun cari sebuah bangku dan dia baring diriba saya.

“Tiba2 timbul bau yg amat tidak menyenangkan. Rupa2nya, dia terbuang air besar dlm seluar dgn banyaknya!! Bygkan di tempat umum yg ramai org tu. Dia terjaga mengesat mata dan melihat ke arah saya, dgn rasa bersalah dan hampir menangis. Dgn pantas sy bawa dia ke tandas OKU yg agak besar dan private utk menguruskannya. Saya cuci seluar nya yg penuh dgn najis dan berdiri hampir 20 minit utk mengeringkan seluar yg basah. Sy bersihkan dia, letak handsoap dan lap dgn tissue paper,sebelum memakaikan nya semula seluarnya yang bersih dan separuh kering. Baru lah dia tersenyum kembali. Mungkin sebelum Itu dia sakit perut rupanya.

“Anak2 umur 4thn ni kdg2 mereka belum pandai menyuarakan ketidakselesaan mereka. Kita sebagai guru kene sentiasa peka dan mempunyai daya empathi yg tinggi. Apalah sgt membersihkan anak2 yg x berdosa ini, besar ganjarannya utk kita. Sdgkan Nabi seorang yg amat menyayangi dan menyantuni anak2 kecil ini. Kalau bukan kita yg ikut sunnah Nabi, siapa lagi. Btw Sy beritahu ibunya ttg incident Itu, dan ibunya terkejut dan mengucapkan terimakasih kepada saya berkali2. Sy ingat kata2 nya “I know how it is when he poops, it is A LOT! Tqsm Aunty Nori” Tergelak saya, sambil mengiyakan kata2 nya. Terubat penat lelah saya bila mendengar penghargaan dari ibunya.”

Dari sudut seorang ibu:

Anak saya Dhia, lambat ditoilet trained. Disebabkan kesibukan kerja, sy tak mampu utk train dia dgn sempurna. Sy cari jalan mudah dgn memakaikan dia diapers terus hingga dia menjangkau umur 4tahun.

Satu hari seperti biasa saya membekalkan diapers dan menghantar Dhia ke kindy. Guru yg menyambutnya waktu tu, namanya Aunty Dyah juga, Dyah Fitryani, berbisik kepada saya. “Aunty dah nak masuk 4 years old ni, kita toilet train dia sama2 ya?” MashaAllah bygkan perasaan saya. Bersyukur tak terhingga.

Saya tanya Aunty Dyah, “Xpe ke Aunty? Dia mmg akan buang merata je Kalau x pakai pampers?” Jawabnya selamba “ It’s okay aunty, every 15minutes, I will bring her to toilet” Bygkan pengorbanan seorang guru. Saya pun menyambung rutin tu di rumah.

Alhamdullilah! Lebih kurang 3 bulan, saya dah boleh remove Diapers dari shopping list saya. Dhia dah pandai ke toilet sendiri, termasuk waktu malam.

Ada byk pendapat umum, ada yg setuju yg mengasuh anak menguruskan diri adalah tanggungjawab Ibubapa, dan ada pula yg sebaliknya.

Bagi saya terpulang pada individu Itu sendiri. Ilmu penting bukan utk murid, tapi utk guru2 juga.

Pilihlah kerja yg bersesuaian dgn personality kita. Tingkat kan kefahaman ttg ibadah sewaktu bekerja, dan jadilah org yg tamakkan pahala. Allah sentiasa melihat kita dan menutup aib kita, jadi lakukan lah kerja kita dgn sempurna. Sepanjang masa.

Bila kita memudahkan urusan sesama kita, Allah memudahkan urusan kita. Sepanjang masa. Diakhirat dan didunia. Bukan itukah matlamat kita?

Supaya Allah pandang dan sayang kita. Sbb tanpa pandangan dan rahmat Allah, kita tiada apa2.

Tanggapan bahawa kerjaya adalah semata-mata jalan kepada rezeki adalah tidak tepat, kerana ia juga merupakan salah satu cabang ibadah kepada Allah.

Apabila aspek ibadah diketepikan, sudah tentu kerja atau tugasan itu dianggap sebagai sesuatu yang membebankan.

Fakta ini telah dihuraikan dengan lebih mendalam oleh bekas Muft Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam tulisannya yang berjudul Bekerja sebagai Ibadah: Meningkatkan sikap integriti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here