[VIDEO] I’m Business bersama Malakat Mall belanja asnaf beli barang keperluan sempena Ramadan

0
16
Penganjur program bersama penerima baucar di Malakat Mall

CYBERJAYA – Seramai 35 orang asnaf menerima baucar bernilai RM200 daripada I’m Business Sdn Bhd hasil daripada sumbangan komuniti dengan kerjasama Malakat Mall hari ini.

Menurut Mentor Spiritual I’m Business Sdn Bhd, Syeikh Walid Ibrahim Al-Malik program hari ini adalah bertujuan bagi membantu golongan asnaf supaya mereka dapat berbelanja di Malakat Mall

I'm Business bersama Malakat Mall belanja asnaf beli barang keperluan sempena Ramadan

“Program yang diberi nama Muafakat Komuniti ini adalah hasil sumbangan daripada komuniti untuk diberikan kepada asnaf.

“Program ini juga tidak terhad kepada pembelian barangan runcit tetapi kami juga ada menyediakan bantuan dari segi makanan di restoran di mana asnaf boleh makan di restoran dengan menggunakan duit tabung yang kami sediakan”, katanya kepada Malakat Tribune di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail turut hadir semasa majlis pemberian baucar didakan di perkarangan Malakat Mall hari ini.

Beliau berkata, pihak Malakat Mall mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bekerjasama dengan Malakat Mall untuk memberikan sumbangan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

“Sumbangan tidak terhad kepada Malakat Grocer sahaja di mana orang ramai juga boleh memberikan sumbangan berbentuk baju raya dan bermacam-macam lagi keperluan yang boleh dibeli di Malakat Mall”, katanya.

Di samping itu, sumbangan yang diberikan pada hari ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dipikul oleh penerima sempena menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

Saemah Kosin, 66 salah seorang penerima sumbangan pada hari ini mengucapkan terima kasih kepada pemberi-pemberi sumbangan dan berdoa agar mereka diberikan keberkatan dalam hidup kerana membantu golongan asnaf sepertinya dalam meneruskan

“Pemberian sumbangan hari ini sangat membantu makcik untuk berbuka puasa dan makcik berharap mereka yang menyumbang akan diberikan keberkatan dalam hidup mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here