Imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan

0
64
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan untuk memasuki premis atau tempat-tempat awam bermula 1 April.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun ketetapan itu telah dilonggarkan, kerajaan menasihatkan orang ramai supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

“Apabila dikuatkuasakan Fasa Peralihan ke Endemik, imbasan kod QR tidak diwajibkan lagi,” katanya pada sidang media Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka hari ini.

Khairy berkata, hanya individu yang mempunyai status ‘High Risk’ pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif Covid-19 dan individu yang diberi arahan menjalani kuarantin di rumah sahaja yang tidak dibenarkan memasuki premis.

Selain itu katanya, individu lain yang tidak dibenarkan memasuki premis adalah pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di negara ini.

Sementara itu, Khairy berkata, individu yang positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan pada hari ke empat sekiranya disahkan negatif menerusi ujian RTK Antigen yang diselia oleh pengamal perubatan.

“Ujian tersebut hendaklah dilakukan menggunakan RTK-antigen kendiri dengan penyeliaan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sama ada secara fizikal ataupun secara maya (virtual).

“Sekiranya masih positif, individu tersebut perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh (7) hari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here