Ismail Sabri calon PM UMNO bagi PRU15

0
39
Ismail Sabri bersama Ahmad Zahid (kiri) pada majlis buka puasa parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

CYBERJAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat hari ini bersetuju menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri daripada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“MKT UMNO sebulat suara mencadangkan (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang,” Ahmad Maslan dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Untuk rekod, Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO, menyandang jawatan itu sekarang.

Dalam pada itu, mesyuarat MKT turut menyentuh mengenai kedudukan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan pembangkang.

Jelas Ahmad, perjanjian yang akan berakhir 31 Julai depan juga tidak akan diteruskan.

Antara perkara lain yang turut diputuskan dalam mesyuarat itu adalah UMNO dan BN akan menyokong Rang Undang-undang Akta Anti Lompat Parti yang dijadual dibentangkan kerajaan Julai depan.

“UMNO berpendirian bahawa Akta Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here