Jangan naikkan harga hingga bebankan pengguna – Perdana Menteri

0
11
Perdana Menteri ketika melakukan tinjauan di bazar Ramadan Putrajaya, petang tadi.

PUTRAJAYA – Peniaga bazar Ramadan diseru supaya tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya hingga membebankan pengguna.

Seruan tersebut disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau melakukan tinjauan di bazar Ramadan Putrajaya, petang tadi.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kasim.

Kata Perdana Menteri, kawalan pada harga barangan bermasak adalah agak sukar dilaksanakan kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan menyerahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi melakukan pantauan dan kawalan harga jualan sekiranya perlu.

“Kita serah kepada KPDNHEP bagimana mereka nak kawal sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Alex (Menteri PDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) semalam kalau nampaknya harga itu terlalu melampau mungkin mereka akan menasihatkan atau mengambil tindakan.

“Tapi, ini kuasa KPDNHEP saya serahkan kepada mereka… yang penting pengguna tidak ditekan dari segi kenaikan harga,” katanya kepada pemberita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here