Jangkitan Covid-19 menurun kepada 2,478 kes 

0
11
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jumlah kes Covid-19 dalam negara berkurang kepada 2,478 kes hari ini berbanding 4,006 kes yang direkodkan semalam dengan 2,471 adalah kes tempatan dan tujuh kes import.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes kumulatif virus berkenaan meningkat kepada 4,433,551 kes dengan 97.7 peratus telah sembuh.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan daripada 2,478 kes yang direkodkan 928 kes adalah kategori satu, 1518 kes kategori dua, 16 kes kategori tiga manakala 11 dan lima kes lain masing-masing bagi kategori empat dan lima.

“Daripada 32 kes kategori tiga, empat dan lima, 16 kes adalah dalam kalangan mereka yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaskinasi, 10 kes telah menerima dua dos vaksin dan enam kes telah menerima dos penggalak

“Bagi jumlah kluster pula, tiga kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah sebanyak 7,007 dan 6,911 telah tamat di samping 96 kluster masih aktif ketika ini,” katanya. dalam satu kenyataan di Facebook rasmi KKM.

Di samping itu, KKM juga menasihatkan agar terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan seperti mengelakan daripada berkumpul kawasan yang sesak, kerap mencuci tangan dan lalukakan ujian Covid-19 secara berkala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here