Kadar bayaran haji meningkat daripada RM9,980 kepada RM10,980 untuk golongan B40

0
25
Tabung Haji

CYBERJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan kadar bayaran haji bagi musim haji tahun ini adalah antara RM10,980 hingga RM12,980 seorang bergantung kepada pengkelasan pendapatan.

Menurut TH dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya, bagi jemaah kumpulan B40 bayaran haji ialah RM10,980 seorang.

Katanya bagi golongan bukan B40 pula ialah sebanyak RM12,980.

“Alhamdulillah, TH masih memberi Bantuan Kewangan Haji secara bersasar kepada jemaah haji walaupun terdapat kenaikan kos haji pada tahun ini.

Kadar bayaran terkini menunaikan haji

“Insya-Allah berkat doa anda semua, TH akan kekal mampan agar dapat terus membantu umat Islam negara,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, secara umum bantuan yang diberikan kepasa golongan B40 ialah sebanyak 57 peratus atau RM14,560 manakala bukan B40 ialah 49 peratus atau RM12,560.

Pada 2019 iaitu tahun haji terakhir sebelum Covid-19 melanda dunia, kadar bayaran haji ialah RM9,980 seorang untuk warganegara yang pertama kali menunaikan rukun Islam kelima itu.

Bagaimanapun baru-baru ini TH memaklumkan kadar menunaikan haji semakin meningkat susulan perkembangan terkini Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here