Kafe Tea Amo versi Turkeye yang pertama di Malaysia bakal dibuka di Kelantan tidak lama lagi

0
117
Kafe Tea Amo yang pertama di Malaysia akan buka cawangan pertama di Kota Bharu, Kelantan

KOTA BHARU – Kafe Tea Amo yang pertama di Malaysia akan dibuka secara rasmi di sini tidak lama lagi.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, kafe tersebut yang mengikut konsep Kafe Tea Amo di Turkeye akan menghidangkan pelbagai hidangan menarik dan istimewa.

“Ini merupakan Tea Amo versi Turkey di Kelantan, iaitu yang pertama di Malaysia.

“Konsep kafe ini diinspirasikan daripada Starbuck yang bukan sahaja menjual pelbagai jenis kopi tetapi juga makanan.

“Jadi di sini, kita bukan sahaja menjual minuman teh bebola tetapi juga pelbagai jenis kopi, roti, pastri, makanan barat dan menu-menu lain,” katanya ketika melakukan lawatan rasmi ke Kafe Tea Amo Kota Bharu di sini hari ini.

Coach Fadzil

Mengulas lanjut, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, sebagai permulaan menu yang akan dihidangkan di kafe tersebut akan diperkenalkan secara berfasa dan mengikut menu-menu popular yang terdapat di Kafe Tea Amo Turkey dan di restoran di Malakat Mall Cyberjaya.

Rekaan bahagian dalam kafe Tea Amo Kota Bharu

Dalam pada itu, Coach Fadzil berkata, untuk perancangan lanjut, pihaknya juga akan memperluaskan lagi perniagaan tersebut di Kelantan.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo

Katanya, antara lokasi yang telah dikenalpasti untuk dibuka kafe baharu ialah di Lapangan Terbang Kota Bharu.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga akan membuka Tea Amo dalam bentuk wagon di lima lokasi yang telah dikenalpasti di Kelantan.

Wagon Tea Amo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here