Api marak diikuti bunyi letupan di sebuah rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini awal pagi tadi pada awal pagi tadi

KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam satu tragedi kebakaran Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini awal pagi tadi pada awal pagi tadi.

Dalam kebakaran itu lima orang lagi penghuni cedera.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata mangsa yang cedera terdiri daripada dua lelaki, dua wanita serta seorang bayi perempuan berusia lapan bulan. 

“Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 3.15 pagi dan kebakaran melibatkan rumah jenis Semi-D dengan sebuah daripadanya terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi musnah 90 peratus. 

“Turut terjejas dalam kebakaran itu ialah tiga kenderaan dengan satu daripadanya hangus sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata dua jentera bomba dan sebuah lori tangki air bersama-sama kekuatan 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Kuantan serta Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Terdahulu tular satu rakaman video kebakaran yang diikuti bunyi mercun yang kuat.

Dalam video tersebut turut menunjukkan suara seorang wanita yang menjerit terdapat seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam rumah itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here