Kejam, lelaki diikat, dirodok di perut hingga terburai

0
149
Mayat seorang lelaki ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Sepang hari ini

SEPANG – Seorang lelaki ditemukan maut dibunuh dengan luka pada perut, usus terkeluar dan tangan diikat dengan menggunakan kabel di sebuah ladang kelapa sawit di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat tanpa identiti itu ditemukan pada pukul 8.50 pagi kira-kira 50 meter dari Jalan Sepang-Salak berhampiran sebuah pondok di ladang berkenaan.

Beliau berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta pelitup muka di dagu.

“Terdapat kecederaan pada perut selain usus terkeluar serta luka pada bahagian zakar.

“Lokasi mayat ditemui pula tiada penempatan dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta berhampiran dengan Nilai, Negeri Sembilan. Ada akses jalan antara daerah.

“Pemeriksaan dalam radius 50 meter dari lokasi mayat ditemui oleh Unit Anjing Pengesan (K9) juga tidak menjumpai apa-apa petunjuk,” katanya memetik laporan Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu katanya, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, tiada kesan BCG pada bahu dan pemeriksan lanjut juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

Sementara itu katanya, pihaknya turut menemui satu unit sarung sabit, tiga puntung rokok, gumpalan rambut dan kesan darah berhampiran mayat.

Wan Kamarul berkata, semakan terhadap pekerja kontraktor binaan jalan di Sepang-Salak mendapati, mangsa kali terakhir dalam keadaan baik pada pukul 9 malam semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here