Kemuka borang TT 2021 sebelum 15 Mei ini -LHDN

0
110
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tempoh akhir untuk orang ramai yang tidak menjalankan perniagaan mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) menerusi e-Filing adalah pada 15 Mei.

Bagaimanapun, individu yang ingin mengemukakan borang secara manual perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 April ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pembayar cukai diingatkan mengemukakan borang cukai pendapatan dan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelak sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai.

“Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (jika ada).

“Sebagai panduan berkenaan pengemukaan Borang Nyata Cukai ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2022 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut LHDN, setakat 30 31 Mac lalu, pihaknya telah menerima sebanyak 1,133,989 borang TT 2021 daripada individu pemastautin melalui e-Filing manakala 23,146 pula secara manual.

Bagi individu bukan pemastautin pula, sebanyak 3,666 diterima melalui e-Filling manakala 1,644 diterima secara manual.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada LHDN melalui talian careline 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here