Kerani sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak dijatuhi hukuman penjara 6 tahun, denda

0
453
Sam Ke Ting dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM6,000. Kredit gambar Bernama TV

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga sebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu.

Keputusan itu sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Memetik laporan BH Online, responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi sekiranya tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam keputusannya terhadap rayuan kes berkenaan berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Beliau berkata, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here