Kereta dirempuh kereta api di Pelabuhan Johor

0
7
Proton Axia yang dipandu seorang lelaki mengundur selepas dirempuh kereta api KTMB berhampiran pintu besar Pelabuhan Johor, semalam.

PASIR GUDANG – Sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun terlibat dalam kemalangan dengan tren milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran pintu besar Pelabuhan Johor, semalam.

Dalam kejadian di landasan Kilometer 31 itu, keretapi yang bergerak dari Stesen Pasir Gudang menuju ke stesen Pelabuhan Johor melanggar sebuah kereta Proton Axia yang memasuki kawasan laluan kereta api.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak dalam satu kenyataan berkata, kejadian pada pukul 9.40 pagi itu dipercayai berlaku selepas pemandu Axia berkenaan melepasi kawasan larangan kenderaan.

Katanya, pelanggaran kereta api yang membawa 31 gerabak dengan kenderaan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit yang tidak menyedari pergerakan kereta api di hadapannya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Video pelanggaran kereta Axia dengan sebuah kereta api berhampiran pintu besar Pelabuhan Johor berdurasi 40 saat tular di media sosial semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here