Kes Bella: TMJ tawar khidmat pemerhati

0
25
Kenyataan Tunku Ismail di dalam entri Facebooknya, hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia menawarkan khidmat peguam untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) dalam perbicaraan kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Bella.

Dalam kenyataan di Facebooknya, baginda turut mengumumkan akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengenai tawaran secara percuma itu.

Tambah baginda, satu perbincangan telah diadakan dengan barisan peguamnya untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian tersebut.

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT dalam kes ini.

Tunku Ismail memberitahu, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguam bela yang dilantik untuk mewakili orang kena tuduh (OKT).

Pada masa sama, Tunku Ismail turut menyuarakan mesej untuk menghentikan penderaan kanak-kanak merujuk kepada kes berkenaan.

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam baru-baru ini turut bersuara berhubung kes berkenaan dan berjanji akan melakukan sedaya upaya untuk membantu mangsa dera tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here