Konsep reda ditegah digunakan untuk perkara maksiat – Ustaz Ahmad Dusuki 

0
500
Ustaz Ahmad Dusuki menyampai kuliah dhuha di Malakat Mall

CYBERJAYA – Sikap segelintir manusia yang mahu mengubah ciptaan Allah SWT termasuk menukar jantina merupakan satu penyakit yang tidak boleh reda dan menerima ketentuan Ilahi.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, sikap tersebut juga menunjukkan seseorang individu itu menentang setiap ketentuan Allah kepada hamba-Nya.

Beliau berkata, ini kerana konsep reda tidak boleh digunakan dalam perkara maksiat kerana setiap kemungkaran itu perlu dicegah daripada berlaku.

“Ada yang tidak reda jadi lelaki dan nak jadi perempuan, ada pula perempuan nak jadi lelaki. Ini penyakit yang tak boleh terima hakikat. Dalam Islam tak macam tu, dalam Islam kita kena terima hakikat yang Allah telah susun sebegini.

“Kita kalau boleh nak jadi Agong, nak jadi manusia terbaik atas dunia tapi Allah tak pilih kita, sebaliknya Allah pilih kita jadi peniaga, jadi ustaz, kita kena terima macam itu,” katanya.

Pengunjung mendengar kuliah di perkarangan Malakat Mall

Beliau berkata demikian dalam Kuliah Dhuha yang pertama kali diadakan di Malakat Mall di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Dusuki berkata, Islam juga menyaran umatnya untuk sentiasa reda dan sentiasa berdoa dengan ketentuan Ilahi.

Beliau berkata, doa merupakan senjata paling ampuh untuk umat Islam dan merupakan tanda seorang manusia itu hamba kepada-Nya.

“Adakah jika sesorang itu berdoa dia tidak reda dengan ketentuan Allah SWT? Tidak sama sekali kerana mereka yang berdoa menunjukan mereka bergantung harap kepada Allah SWT bukan kepada makhluk yang lemah.

“Doa merupakan senjata mukmin yang paling ampuh kerana Rasulullah juga berdoa dan sebaik baik doa adalah doa yang datang daripada orang yang sangat-sangat berharap dan berasa merendah diri ketika berdoa.

“Bila kita berdoa tanda kita tunduk dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW kalau berdoa baginda mengangkat tangannya, kalau lagi panjang doa lagi tinggi tangannya kalau kita terbalik lagi lama berdoa lagi rendah mengangkat tangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here