KPM tidak berhasrat tutup sekolah, mahu tambah baik SOP sedia ada 

0
28
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berbual bersama Ketua Pengarang Malakat Tribune, Sharaimei Shaik Ahmedullah ketika Majlis Ihya Ramadan bersama media di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berhasrat menutup semula sekolah selepas ini susulan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, Rabu ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 bakal diumumkan bulan ini selepas pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kelonggaran beberapa SOP Covid-19, Rabu ini.

“Tutup sekolah ini penat, tutup kena marah, buka kena marah, tukar tarikh kena marah, buat pengumuman kena marah.

“Itu sebabnya kita lebih cermat. Biar lambat asalkan selamat sebab bila kita buka nanti insya-Allah kita dapat terus beroperasi dan sekolah tidak perlu ditutup lagi.

“Ramai ingin melihat sektor pendidikan dibuka dengan lebih meluas dan KPM akan mengambil pendekatan yang cepat membabitkan soal pembukaan semua sekolah,” katanya pada Majlis Ihya Ramadan bersama media di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata KPM juga akan menyelaraskan perkara yang dibincangkan dengan KKM dan akan mengumumkan garis panduan 4.0 dalam masa terdekat.

Garis panduan berkenaan termasuk aktiviti kokurikulum dibenarkan antara sekolah berbanding sebelum ini hanya berlangsung dalam sekolah, selain penggunaan kantin.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, kelonggaran beberapa SOP Covid-19 akan diumumkan pada Rabu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here