Krisis Ukraine: Pasukan khas Rusia berjaya bebaskan orang awam ditahan di masjid

0
111
Anggota Pasukan Khas Rusia dalam salah satu operasi mereka di wilayah Berdyansk, Ukraine.

MOSCOW – Anggota pasukan khas Rusia dilaporkan berjaya membebaskan sekumpulan tahanan yang ditawan militan dikenali sebagai Nazi Ukraien di sebuah masjid di bandar Mariupol, Ukraine kelmarin.

Menurut portal Sputnik, operasi tersebut dilancarkan di atas permintaan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

“Sewaktu operasi membebaskan bandar Mariupol, kami menerima permintaan dari Turkiye supaya menyelamatkan orang awam yang sedang ditahan di sebuah masjid di daerah Primorsky,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov, semalam.

“Kesemua tahanan tersebut berjaya dibebaskan, dan kami berjaya membunuh kesemua 29 militan termasuk tentera upahan asing,” katanya lagi.

Konashenkov menamakan militan yang menahan kumpulan tahanan tersebut sebaga Nazi Ukraine, yang dipercayai merujuk kepada sayap ketenteraan Ukraine, Briged Azov.

Di daerah Primorsky, terdapat sebuah masjid yang diberi nama sempena bekas pemerintah Turki, Sultan Suleiman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here